Bukti saintifik menunjukkan bahawa kanak-kanak berisiko untuk mendapat karies pergigian di usia yang muda, walaupun faktor-faktor seperi pemberusan gigi yang baik, pengambilan makanan yang tidak manis dan pemeriksaan gigi yang berkala dapat merendahkan risiko tersebut.
Pemeriksaan gigi yang pertama di klinik gigi boleh dibuat seawal usia anak mencecah 6 bulan.
Pemeriksaan ini bukan hanya bertumpu kepada pemeriksan gigi dan keadaan mulut anak-anak semata-mata, tapi turut memberikan peluang kepada doktor gigi untuk memberikan info penjagaan gigi dan tabiat pemakanan yang baik kepada ibu bapa untuk mencegah karies.
Bagi kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mendapat karies, pemeriksaan berkala setiap 3 ke 6 bulan sekali adalah dicadangkan.
Ketika pemeriksaan kali pertama ini, ibu bapa boleh bertanyakan beberapa perkara penting dengan doktor gigi:
Karies gigi dan kesan minum susu dalam botol pada gigi
Tabiat pemakanan yang baik untuk bayi
Penjagaan gigi bayi
Pertumbuhan gigi bayi
Sekiranya gigi masih belum tumbuh pada usia anak menjangkau 16 ke 18 bulan, ibu bapa perlu membawa anak untuk pemeriksaan gigi dengan segera.
Pemeriksaan gigi yang berkala dapat mencegah dan mengesan kerosakan gigi pada peringkat awal.