Persediaan untuk Pemeriksaan Gigi

Ibu bapa mendapatkan temujanji dan perlu memberitahu doktor dan staf pergigian lebih awal berkenaan keadaan anak yang mempunyai autisme.

Ini membolehkan doktor dan staf di klinik gigi membuat persiapan rapi sebelum kedatangan mereka, waktu rawatan boleh dipendekkan dan mengikut keselesaan kanak-kanak autisme itu sendiri.

N30A.png

Ibu bapa boleh menyediakan mental anak sebelum ke klinik gigi dengan mengunakan kaedah penceritaan sosial atau role play.

Ini boleh mendedahan kanak-kanak autisme dengan prosedur pemeriksaan gigi dan mengurangkan rasa takut mereka.

N30B.png