Apakah sensitiviti mulut?, Bagaimana mengatasi isu mulut sensitif?
Masalah deria dan mulut sensitif agak lazim berlaku di kalangan pesakit autisme yang mana mereka gemar mengunyah, menjilat mahupun menggigit makanan yang terlalu masam.

merupakan satu keadaan yang mana kanak-kanak autisme mempunyai masalah mulut yang sangat sensitif berbanding kanak-kanak lain.

merupakan satu keadaan di mana kanak-kanak austime ini mempunyai kepekaan deria dan mulut yang kurang sensitif berbanding kanak-kanak lain.
Urutan gusi secara tekanan, bahagian gusi ditekan dengan jari dengan pergerakan mengikut arah jam
Gigitan dan kunyahan tiub, kanak kanak-kanak menggigit dan mengunyah tiub akrilik (boleh pilih dari juruterapi carakerja)
Regangan pipi, memegang penjuru mulut dengan dua jari. Pipi kanan dan kiri ditarik dan digerakkan dalam pergerakan membulat mengikut arah jam.
Menggunakan objek yang boleh dimasukkan dalam mulut contohnya berus gigi.
1. Pilih satu berus gigi dan berikan kepada kanak-kanak. Biarkan dia bermain dengan berus gigi tersebut.
2. Bantu kanak-kanak dengan memegang tangan mereka dan gerakkan berus gigi perlahan-lahan pada tangan, anggota badan, pipi seperti dalam keadaan memberus gigi.
3. Perlahan-lahan, masukkan berus gigi tersebut dalam mulut untuk satu masa yang singkat, tidak perlu pergerakan memberus.
4. Gunakan video atau gambar untuk tunjukkan kepada kanak-kanak pergerakan memberus gigi.
5. Cuba perlahan-lahan untuk meniru pergerakan memberus gigi itu dalam mulut kanak-kanak pula.
6. Jangan lupa untuk berikan pujian sekiranya kanak-kanak dapat melengkapkan mana-mana aktiviti di atas.
7. Ibu bapa digalakkan untuk menggunakan beberapa jenis berus gigi yang berlainan bentuk dengan tekstur bulu berus yang berbeza untuk aktiviti ini.
Apakah itu Gigi berlubang (Karies gigi)?, Apa akan berlaku jika karies gigi tidak dirawat?, Bagaimana mencegah karies?, Rawatan

Tompok putih berkapur kelihatan pada permukaan gigi
Gigi berlubang melibatkan permukaan enamel dan dentin
Karies memasuki bahagian saraf(pulpa) gigi dan menyebabkan gigi sakit
Permukaan gigi telah pecah dan rosak
Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai kesukaran dalam pertuturan dan menyatakan kesakitan mereka, mereka mungkin akan bertindak dalam cara tertentu untuk menunjukkan bahawa mereka sedang mengalami ketidakselesaan atau sakit pada gigi akibat karies:
Di dalam mulut mereka, anda boleh melihat kepada tanda-tanda berikut:

Apakah itu penyakit gusi?, Apakah yang menyebabkan masalah gusi?, Bagaimana merawat penyakit gusi?
Keradangan (kemerahan) pada gusi disebabkan oleh kebersihan mulut yang tidak baik. Gigi tersebut akan diselaputi dengan sisa makanan (dipanggil plak) dan gusi mudah berdarah apabila diberus.

Keradangan pada gusi, Gusi merah dan bengkak
Gusi mudah berdarah apabila digosok
Boleh menyebabkan kesakitan
Gusi boleh kembali sembuh seperti sediakala. Tapi jika tidak dirawat, boleh menyebakan jangkitan kuman pada gusi


1. Kebersihan mulut yang teruk: tidak memberus dan floss gigi setiap hari.
2. Mulut kering: Sisa makanan akan melekat lebih lama pada struktur gigi dan risiko gigi berlubang dan penyakit gusi meningkat.
3. Tampalan gigi: Tampalan gigi yang kasar dan tidak sekata boleh menyebabkan pengumpulan sisa makanan dan menyebabkan gusi merah dan bengkak.
4. Pengambilan ubat: Sesetengah ubat yang diambil seperti ubat kdarah tinggi, ubat anti-depresi boleh menyebabkan mulut kering.
5. Faktor keturunan: terdapat penyakit gusi yang disebabkan oleh factor genetik dan keturunan, penyakit ini boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.
6. Jangkitan virus dan kulat: Menyebabkan gusi berdarah dan merah, kerap dikaitkan dengan pesakit lemah sistem pertahanan (imun) badan dan HIV.
7. Nutrisi yang tidak seimbang: Tabiat emakanan yang tidak sihat dan seimbang menyebabkan badan kekurangan zat yang penting untuk kesihatan gusi dan mulut.
8. Struktur gigi yang rosak: Bahagian gig yang rosak dan tajam boleh mencederakan gusi dan menjadi kawasan untuk pembiakan kuman dan bakteria.
9. Tabiat menggigit dan menggeserkan gigi: tabiat ini boleh menyebabkan kerosakan pada struktur gigi. Bahagian gigi yang rosak dan tajam boleh mencederakan gusi dan menjadi kawasan untuk pembiakan kuman dan bakteria.
1. Penjagaan dan pemberusan gigi yang kerap
2. Mendapatkan rawatan pencucian gigi untuk membuang plak dan karang gigi di klinik pergigian
Ulser mulut, Penyebab ulser mulut, Apa yang perlu dibuat sekiranya anak anda mempunyai ulser?
Kesan lepuh berbentuk bulat/bujur yeng terjadi dalam mulut atau bibir. Boleh menyebabkan rasa sakit. Sembuh dalam masa 1-2 minggu


Ubat untuk ulser mulut boleh digunakan untuk mengurangkan sakit dan pedih disebabkan oleh ulser terutamanya ketika makan

Kecederaan (trauma) pada mulut, Tanda-tanda kecederaan pada mulut kanak-kanak autisme
Kecederaan pada bahagian sekitar dan dalam mulut (gigi, lidah) amat lazim terutamanya di kalangan kanak-kanak yang baru belajar berjalan.

Tabiat menghantukkan kepala ama lazim berlaku kepada kanak-kanak autisme, bermula dari umur 6 bulan hingga 18 ke 24 bulan. Namun begitu, tabiat ini akan hilang dengan sendiri apabila kanak-kanak berumur 3 ke 4 tahun.

Luka dan kecederaan pada gusi akibat tabiat menggigit kuku. Tabiat menghisap jari dan suka menjelirkan lidah boleh mengganggu pertumbuhan gigi menyebabkan gigitan terbuka (open bite) pada gigi kekal.
Tabiat suka menghisap objek seperti mainan, pen dan sebagainya boleh menyebabkan risiko tercekik dan membahayakan saluran pernafasan.

Luka atau bibir/lidah/gusi terbelah akibat terkena objek tajam/terjatuh

Kecederaan pada gigi, sama ada gigi berserpih, patah atau terkeluar dari mulut.

Luka terbakar pada bibir atau lidah yang boleh menyebabkan ulser mulut.
Rawatan terhadap trauma mulut yang diberikan oleh doktor adalah bergantung kepada struktur yang terlibat: