Pencegahan karies bagi kanak-kanak
Pencegahan karies bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun
- Ibu bapa perlu memberus atau memantau pemberusan gigi anak.
- Sebaik sahaja gigi tumbuh, pemberusan gigi perlu dibuat dua kali sehari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
- Gunakan ubat gigi berfluorida yang mengandungi 1,350 -1,500 ppm fluorida.
- Bagi kanak-kanak di bawah 3 tahun, kuantiti ubat gigi hanyalah sekadar lsatu apisan yang nipis sahaja.
- Bagi kanak-kanak berusia 3-6 tahun dan sudah boleh meludah, kuantiti ubat gigi adalah bersaiz sebiji kacang.
Pencegahan karies bagi kanak-kanak 7 tahun ke atas
- Berus gigi 2 kali sehari dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
- Gunakan ubat gigi berfluorida yang mengadungi 1,350 - 1,500 ppm fluorida
- Selepas memberus gigi, hanya ludah dan jangan berkumur bagi mengekalkan paras fluorida dalam mulut pada paras yang optimum.
- Atas nasihat pakar pergigian, kanak-kanak mungkin diberikan ubat kumur berfluorida unyuk kegunaan harian dan dikumur pada waktu selain waktu pemberusan gigi.