Pilihan pertama, untuk kanak-kanak yang boleh memberikan kerjasama
“Pilihan pertama, untuk kanak-kanak yang boleh memberikan kerjasama”
Pemeriksaan dan rawatan pergigian seperti rawatan pencegahan, tampalan dan cabutan gigi longgar/rosak boleh dibuat di klinik pergigian sekiranya anak anda boleh memberikan kerjasama ketika rawatan diberikan.
Doktor gigi akan menggunakan teknik pengurusan tingkahlaku ketika rawatan pergigian diberikan kepada kanak-kanak ASD:
1. Desensitasi secara sistematik merupakan satu teknik psikologi yang boleh digunakan untuk mengurangkan rasa takut pesakit ketika menerima rawatan pergigian.
2. Suasana di klinik pergigian juga diubahsuai (penggunaan cahaya lampu yang malap, memasang lagu latar yang tenang, menggunakan projeksi gambar yang bergerak ) bagi mengurangkan rasa takut pesakit dan mewujudkan suasana yang menyenangkan.
Sebelum datang ke klinik gigi, ibu bapa boleh mendapatkan maklumat berkenaan klinik gigi terlebih dahulu dan tunjukkan gambar klinik kepada anak bagi membiasakan mereka dengan suasana tersebut. Selain itu, ibu bapa boleh ‘bermain’ dengan anak menggunakan cermin mulut untuk membiasakan mereka dengan aktiviti itu.
Pilihan kedua, untuk kanak-kanak yang separa berkerjasama
“Pilihan kedua, untuk kanak-kanak yang separa berkerjasama”
Rawatan sedasi ini dijalankan oleh pakar pergigian kanak-kanak di atas kerusi pergigian di klinik.
Rawatan ini sesuai bagi kanak-kanak ASD yang boleh memberikan kerjasama secara separa di mana mereka boleh duduk dengan sendiri di atas kerusi pergigian dan boleh berkomunikasi dengan pakar pergigian dengan baik; tetapi mempunyai masalah takut akan rawatan pergigian itu sendiri.
Pakar pergigian kanak-kanak akan mencampurkan gas nitrous oksida dan oksigen mengikut sukatan yang diperlukan bagi menenangkan kanak-kanak ASD.
Kesan sedasi adalah cepat, boleh disukat dan hilang serta-merta apabila gas nitrous oksida ditutup.
Kontraindikasi:

Pilihan ketiga, untuk kanak-kanak yang tidak memberikan kerjasama untuk rawatan
“Pilihan ketiga, untuk kanak-kanak yang tidak memberikan kerjasama untuk rawatan”
Prosedur ini hanya ditawarkan di hospital dan dilakukan oleh pakar pergigian kanakkanak dibantu oleh pakar bius.
Kanak-kanak perlu dimasukkan ke dalam wad terlebih dahulu dan akan diletakkan dalam keadaan tidak sedar/ditidurkan dalam dewan bedah sepanjang rawatan pergigian diberikan.
Penilaian kesihatan dan kesesuaian terhadap rawatan di bawah anestesia am akan dilakukan oleh pakar bius dan pakar pergigian kanak-kanak terlebih dahulu bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Kontraindikasi:
