Masalah dan Pengurusan Gigi
Pertumbuhan gigi
- Kanak-kanak mungkin mengalami ketidakselesaan di dalam mulut ketika gigi baru hendak tumbuh.
- Ketidakselesaan ini berlaku pada antara umur 6 hingga 24 bulan, selaras denga fasa pertumbuhan gigi kanak-kanak. Namun, ada sebilangan kanak-kanak yang tumbuh gigi lebih awal atau lewat dari biasa.
Bagaimana saya tahu anak saya mengalami ketidaksleesaan akibat gigi baru hendak tumbuh? Apakah langkah yang perlu saya buat?
- Air liur meleleh dengan banyak: Lapkan sahaja air liur itu dnegan kain yang bersih untuk memastikan mulut mereka sentiasa bersih dan kering.
- Ketidakselessan pada gusi: Anda boleh berikan anak anda menggigit sesuatu yang sejuk untuk menghilangkan rasa tidak selesa tersebut
- Gusi bengkak: Kebiasaannya, bahagian gusi yang membengkak itu keras dan pejal. Namun, sekiranya gusi yang bengkak bertukar menjadi kemerahan atau kebiruan, bawa anak anda berjumpa dengan doktor gigi.
- Demam: Sekiranya ini berlaku, anda boleh membawa anak anda berjumpa doktor gigi dengan segera.
- Tidak mahu makan: teruskan menyuap mereka dengan makanan, mungkin boleh pelbagaikan makanan dengan tekstur yang berbeza. Anak anda akan makan semula apabila rasa tidak selesa itu hilang.